Tips Solekan pengantin bertudung
Pengantin bertudung boleh memilih gaya dan jenis solekan mengikut kesesuaian konsep dan tema majlis. Solekan tersebut haruslah dipadankan dengan majlis bertunang, pernikahan dan persandingan. Cara solekan semasa majlis-majlis tersebut tidak banyak perbezaan. Ia mungkin mengikut kesesuaian waktu dan tempat majlis. Jika diadakan di dewan dan waktu malam, solekan agak tebal dan menyerlah daripada biasa.
Manakala jika majlis dilangsungkan di rumah... eloklah
jika tidak mengenakan solekan yang tidak keterlaluan. Solekan pengantin bertudung semestinya boleh menyerlahkan keayuan, kelembutan dan keserasian wajah bakal pengantin. Jika keadaan kening tidak teratur, pengantin bertudung boleh memilih sama ada ingin membentuk sedikit kening ataupun tidak. Jika tidak jurusolek boleh menggunakan teknik menggunakan konselor pada bahagian atas mata.
No comments:
Post a Comment